“Saya buat suami saya bahagia”- Rosmah Mansor Nasihat Wanita Supaya Pandai Jaga Suami

Kalau kita search kat google tips-tips menjaga suami, beribu-ribu tips yang keluar. Ada yang ditulis sendiri oleh pakar, dan ada juga yang ditulis oleh orang biasa kat blog masing-masing. Kalau kita baca betul-betul, ada jugak tips yang kadang-kadang tu tak masuk akal, tapi belum cuba belum tahu kan?

Tapi kali ni admin nak sharekan tips yang dikongsikan sendiri oleh isteri Perdana Menteri kita, Rosmah Mansor, di mana dia telah bagi tips tu ketika sambutan hari Wanita Pertubuhan Gerak Sakti 1Malaysia yang dihadiri oleh 3 ribu wanita India. Wahhh, powernye!!!

Sumber: Blog
“Dalam kes saya, saya buat suami saya gembira, dan dia seorang lelaki yang bahagia”

“Sebab itu lah dia boleh laksanakan tanggungjawab dia dengan baik kepada anda semua dan kepada Malaysia”

Menurut FMT, Rosmah Mansor menggesa wanita di luar sana untuk sentiasa lakukan perkara-perkara yang boleh buatkan suami masing-masing happy. Katanya, itu adalah salah satu kunci kebahagiaan dalam perkahwinan. Ohh.. Macam tuuu…

Katanya lagi, disebabkan Perdana Menteri kita bahagia dengan isteri tercintanya, dia boleh laksanakan tanggungjawabnya kat kita semua dan kepada Malaysia dengan begitu baik sekali. Selain daripada itu, Rosmah terima segala kritikan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya dengan hati yang terbuka dan senyuman sebab itu semua adalah sebahagian daripada politik.

Sumber: Blog
“Dalam politik, kita hanya perlu teruskan apa yang kita buat dan tersenyum, sebab itu lah ubat terbaik untuk mereka di luar sana. Bila kita senyum, mereka akan marah, dan jika kita marah, mereka seronok,” katanya.

Dalam pada itu, Rosmah turut memuji inisiatif Pertubuhan Sakti 1Malaysia dalam tingkatkan kehidupan masyarakat India dengan merekrut 6 ribu remaja untuk terlibat dalam latihan intensif dan untuk beri peluang pekerjaan. Dalam majlis itu, Rosmah beritahu bahawa wanita etnik India juga akan terima faedah, dan faedahya daripada pelbagai inisiatif kerajaan, terutamanya menerusi Unit Sosio-ekonomi Unit Masyarakat India (Sedic).

Haaa jangan main-main tau. Tu tips yang dikeluarkan sendiri oleh isteri PM kita. So siapa-siapa yang nak buat suami bahagia tu boleh lah try ehh!

Sumber Lobakmerah

Berita berkaitan

Anak Kepada Pelakon Ezzaty dan Azwan Kombos jadi perhatian Perdana Menteri

 

KUALA LUMPUR 31 Mac – Pasangan selebriti, Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos teruja apabila bayi sulung mereka mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika hadir ke malam apresiasi NegaraKRU yang diadakan baru-baru ini.

Kata Ezzaty, 28, sebelum dia menghadiri acara itu, pelakon filem Kau Takdirku telah bertanyakan kepada pihak penganjur sama ada majlis yang diadakan di Bangsar itu mesra kanak-kanak atau tidak.

“Saya dapat jemputan untuk hadir malam apresiasi NegaraKRU yang diadakan di Nexus,  Bangsar dan ada bertanyakan kepada penyelaras majlis jika boleh bawa anak atau pun tidak.

“Alhamdulillah, mereka beri lampu hijau dan sepanjang acara berlangsung Harum Dahlia tidak meragam. Malah sewaktu Perdana Menteri berucap, suasana memang senyap.

“Saya duduk di belakang sekali jadi bila majlis berakhir saya keluar dahulu dan berpeluang bertemu dengan Perdana Menteri.

“Beliau agak terkejut sebab ada bayi di dalam majlisnya kerana sepanjang acara tidak kedengaran tangisan bayi, ” katanya kepada Utusan Online.

Menurut isteri kepada aktor Azwan Kombos,  itu merupakan pertemuan ketiganya dengan Perdana Menteri manakala yang pertama buat Harum.

Harum dilahirkan pada 6 Disember 2017. – UTUSAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*