Pengguna Perodua Axia disarankan lebih berhati hati .

Pengguna perodua Axia disarankan agar lebih berhati hati kerana semakin banyak kes kecurian berlaku. Selain kes kecurian kereta itu sendiri , berlaku juga kes kecurian bahagian Perodua Axia yang kian ‘panas’ di merata Malaysia selain Perodua viva , Kancil, proton wira , dan Proton Satria.

Perodua viva adalah antara model terbaru daripada Syarikat Perodua yang menggantikan model lamanya iaitu perodua Viva yang lebih kecil . Perodua Axia disambut baik oleh rakyat Malaysia kerana harganya yang agak murah dan berpatutan. Perodua Axia adalah model rebadge yang berasal dari Daihatsu Ayla. Setelah lama bertapak di Malaysia , Kini telah bermacam aftermarket part bagi Perodua Axia ini.

Tarket utama penjenayah adalah skirting Axia yang mudah dicuri dengan begitu sahaja . terdapat beberapa laporan kehilangan skirting Axia oleh individu yang tidak bertanggungjawab di dalam group facebook Axia owner juga turut viral beberapa kes pengadu yang kehilangan skirting dan beberapa bahagian lain kenderaan mereka.

Beberapa hari lepas muncul pula aduan yang mengatakan bahawa seorang individu berjaya melihat kenderaannya cuba dikopek namun gagal setelah dilihat oleh pemilik kenderaan tersebut namun pencuri tersebut tidak puas hati dan memukul bahagian kenderaan tersebut hingga kemik .

 

Kredit: alerttvmalaysia.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*