[GAMBAR] Sonny Bill Williams Tunaikan Umrah Tarik Perhatian Dunia

Namanya secara tiba-tiba menjadi perhatian dunia sejak beberapa hari yang lalu. Manakan tidak, bintang ragbi ini dilihat berada di kota suci Mekah untuk menunaikan ibadat umrah dan gambarnya disana menjadi worldwide trending!

Siapa Sonny Bill Williams ?

Untuk anda yang tidak tahu siapakah Sonny Bill Williams ini, dia adalah pemain rabgi New Zealand dan juga seorang peninju.

Nama Sonny sememangnya terkenal dalam arena sukan kerana mempunyai pelbagai rekod peribadi antaranya adalah menjadi satu-satunya daripada 12 pemain ragbi yang memenangi dua kejuaraan ragbi dunia.

Selain itu, menariknya lagi mengenai Sonny dia telah menyertai tujuh kali pertandingan tinju dalam kategori heavyweight dan menjuarai kesemua pertandingan yang disertainya.

Status Agama Sonny

Apakah status agama Sonny? Sebelum ini dia adalah penganut agama Kristian sehinggalah pada 2008 di Perancis dia membuat keputusan untuk memeluk agama islam sekaligus menjadi muslim pertama yang bermain untuk All Blacks.

 

Seronok pula melihat gambar – gambar Sonny di sana, semoga terus dipermudahkan untuknya.

Gambar : Instagram Sonny Bill Williams 

link sumber; https://infoje.com

Via SepatuPutih.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*