“Saya tak pernah tendang anak saya.. kamu tendang macam tu?..” Lelaki tendang anak orang sebab terlanggar anaknya.

Kes dikatakan berlaku di Sabah apabila video tersebut dirakamkan oleh seorang ibu kepada mangsa atau kanak kanak yang telah ditendang dengan kuat oleh seorang lelaki . Lelaki tersebut telah menendang anak perakam video yang sedang bermain buaian kerana anak perakam video tersebut telah terlanggar anak lelaki tersebut dan menyebabkan anaknya menangis.

Berang dengan tindakan lelaki tersebut wanita perakam itu bergegas mendapatkan anaknya dan pertengkaran mulut berlaku diantara ibubapa kanak kanak perempuan tersebut dengan wanita perakam kerana perakam video tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki tersebut menendang anaknya dengan kuat meskipun perlanggaran antara 2 orang kanak kanak tersebut adalah cuma perlanggaran yang tidak disengajakan.

Namun dikepilkan juga video CCTV ditempat kejadian tersebut berlaku , kanak kanak perempuan tersebut adalah berada dalam pihak yang salah kerana melalui jalan tempat buaian tersebut diayunkan yang menyebabkan perlanggaran tersebut berlaku. Bapa kepada kanak kanak perempuan tersebut dilihat terus bangun dan menendang dengan kasar kanak kanak lelaki yang berlanggar dengan anak perempuannya.

Perakam turut memberitahu lelaki tersebut bahawa mereka sepatutnya berbincang dan bukan terus menendang anaknya dengan kasar dan perakam sendiri sebagai ibu bapa tidak pernah menendang anaknya dengan sedemikian rupa. Netizen turut menyokong perakam video terbabit dan mengutuk lelaki tersebut kerana berlaku demikian . Apa pandangan anda.?

pandangan anda.?

 

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*