(VIDEO) Diperdengarkan Ayat Suci Al-Quran Sejak Dilahirkan, Hafiz Cilik Ini Sudah Menghafal 42 Surah Pada Usia 2 Tahun

5 Jan – Baru-baru ini tular di laman sosial seorang anak kecil yang baru berusia 2 tahun sudah boleh menghafal Al-Quran. Ahmad Ziyyad Mohd Zahir mula menunjukkan minat menghafal Al-quran sejak berumur 11 bulan.

Disaat kanak-kanak lain yang seusia dengannya masih belum mampu untuk membaca tetapi atas anugerah yang dikurniakan oleh Allah S.W.T Ahmad Ziyyad sudah mampu untuk membaca Al-Quran walaupun sebutannya kurang jelas.

Ibunya Nurul Syahidah Lukman, 27, mengatakan surah di dalam Al-Quran menjadi penghibur dan peneman anaknya setiap hari ketika bermain.

“Kami mula mengesan minat Ahmad Ziyyad menghafal ayat al-Quran sejak berusia 11 bulan. Ketika itu kami dapat lihat mulutnya terkumat-kamit mengikut saya membaca al-Quran walaupun sebutannya kurang jelas,” katanya

Kaedah yang diterapkan bersama suaminya Mohd Zahir Noor Sabri, 30, nyata memberi kesan yang memberangsangkan apabila kini anaknya itu sudah mampu menghafal 42 surah termasuk kesemua surah lazim.

“Saya pernah menyuruhnya membuka mana-mana halaman Muqaddam untuk dibaca, apa yang buat saya terharu dia dapat membaca dengan betul,” katanya lagi

Surah yang sering menjadi pilihan Ahmad Ziyyad untuk dihafalnya ialah surah Al-Waqiah, surah Ar-
Rahman, surah Yaasin, surah Al-Mulk dan surah Al-Kahfi.

Menurut Syahidah lagi, kini anak tunggalnya itu sudah boleh membaca kesemua surah tersebut tetapi masih lagi perlu dibantu di permulaan ayat dan Ziyyad akan sambung membaca hingga ke akhir surah.

Mengulas lanjut tentang kaedah yang digunakan untuk merangsang minda anaknya itu, Syahidah berkata perancangan rapi untuk anaknya itu telah dirancang ketika Ziyyad masih lagi dalam kandungan dan Ziyyad sudah didedahkan dengan ayat suci Al-Quran sejak dia baru sahaja dilahirkan.

“Kami tidak pernah memasang lagu lain selain ayat Al-Quran. Sama ada dirumah, ditempat kerja atau di dalam kereta,” ujarnya

Syahidah dan suami yang berkhidmat di Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga mengatakan ayat Al-Quran juga menjadi pengulit untuk anaknya tidur di malam hari. – siakapkeli.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*