[Video] Kejar waktu bukan ‘excuse’ tak ada keuzuran, tak boleh solat dalam kereta kata mufti

TINDAKAN pelakon Fathia Latiff bersolat dalam kereta terus menjadi perdebatan netizen. Rata-rata memberikan komen negatif dan mempersoalkan perbuatan pelakon kontroversi ini.

Justeru, mStar Online mendapatkan penjelasan ahli agama bagi menjawab segala persoalan yang dibangkitkan netizen.

Menurut Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad, mengejar waktu sehingga terpaksa bersolat dalam kereta adalah alasan yang kurang tepat.

Sebelum ini, video pelakon Fathia Latiff sedang bersolat di dalam kereta menjadi perbualan hangat netizen.

Fathia Latiff.

Video solat itu dimuat naik oleh rakannya iaitu penggaya rambut Ridzokumura di Instastory pada petang Rabu.

Fathia menjelaskan solat yang dilakukan di dalam kereta adalah urusannya dengan Allah dan tidak menyedari perbuatan itu dirakamkan oleh rakannya.

“Saya kerjakan solat kerana Allah bukan kerana manusia. Maaf saya tidak tahu aksi saya dirakam,” katanya.

Tonton video penuh temubual mStar Online bersama Datuk Mufti Kelantan dan pendakwah bebas PU Azman.

 

Sumber: Sumber

Artikel berkaitan:

Solat Ketika Kereta Sedang Bergerak: “Itu Urusan Saya Dengan Allah” – Fathia Latiff

Pelakon sensasi, Fathia Latiff menyifatkan solat yang dikerjakannya dalam kereta sewaktu sedang dalam perjalanan ke majlis pertunjukkan fesyen hub, PrimaValet di Hotel Majestic, Kuala Lumpur sebagai urusannya dengan Allah.

Bagaimanapun Fathia pada masa sama turut menjelaskan, dia tidak sedar dirinya sedang dirakam saat mendirikan solat oleh rakannya, iaitu seorang penggaya rambut terkenal.

Sedutan tersebut telah dimuat naik penggaya rambut berekaan menerusi Insta Stories miliknya, @ridzokumura.

“Saya solat kerana Allah dan saya tidak tahu aksi dirakam,” katanya ringkas kepada MH. Hadir sama menemaninya di majlis berkenaan ialah penggaya rambut yang dimaksudkan.

Terdahulu, kelakuan Fathia saat mengerjakan solat dalam kereta yang sudah pun mencetuskan hangat di media sosial sekali gus menjadi bualan ramai.

Solat Ketika Kereta Sedang Bergerak:

Ada yang memberi pandangan, adalah baik jika pelakon tersebut singgah di surau berhampiran untuk menunaikan solat.

Menerusi laporan dari portal mStar, melakukan solat fardu dalam kenderaan dibolehkan dengan syarat seseorang itu benar-benar berhadapan dengan kesukaran iaitu kegagalan mencari tempat bersesuaian menunaikan solat selain perlu menghadap kiblat dan dalam keadaan berwuduk.

Namun jika tidak dapat menghadap kiblat atas sebab-sebab tertentu, maka seseorang itu perlu menyakini telah menghadap ke arah kiblat.

Untuk keterangan lanjut, kita tunggu ahli agamawan untuk mengulas tentang hal ini lebih lanjut.

Apapun, tahniah buat Fathia latiff yang tak lupa untuk melakukan perkara wajib walaupun sibuk dengan urusan dunia.

 

Sumber: Mstar

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*