[VIRAL TERKINI] Neelofa Tampil Beri Penjelasan Setelah Tak Senang Duduk Di “Hentam” Netizen.

Setelah dikecam hebat di media sosial kerana membuat majlis pelancaran koleksi tudung dan sambutan ulang tahun kelahiran ke-29 di sebuah kelab malam di ibu kota, pengacara dan pelakon, Neelofa tampil mempertahankan tindakannya.

Lapor Harian Metro, Neelofa ketika dihubungi pengacara program MeleTOP, Nabil Ahmad dan Sherry Al Hadad berkata, bahagian dalam pusat hiburan itu sudah ditukar supaya bersesuaian dengan majlis itu.

“Memang tidak ada sebotol pun minuman beralkohol yang orang boleh nampak. Malah tidak ada juga orang menghisap rokok ketika majlis itu berlangsung.

“Siapa yang tak datang saja yang kecoh, tetapi orang yang ada di situ (pusat hiburan) tahu apa yang berlaku,” katanya dalam program yang disiarkan secara langsung di Astro Ria malam ini.

Sebelum itu, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri telah menulis surat terbuka buat Neelofa berhubung penganjuran majlis pelancarannya di pusat hiburan berkenaan.

“Kami sangat khuatir, apa yang terjadi baru-baru ini bakal membawa satu fenomena normalisasi dalam bertudung. Apa sahaja boleh dan dibenarkan asalkan bertudung,” kata beliau dalam surat terbuka itu.

Datuk Dr Zulkifli juga berpesan agar Neelofa bertanya kepada ulama sebelum bertindak, sentiasa memelihara imej wanita bertudung dan mencari rezeki yang diberkati Allah SWT.

Sementara itu di akaun Instagramnya, Neelefo dikecam teruk dan hampir semua gambar-gambarnya yang berkaitan dengan majlis tersebut dihujani komen-komen dari netizen yang berbaur kecaman dan tidak kurang juga memberikan nasihat atau doa agar Neelofa bertaubat.

Surat Terbuka Mufti KL Kepada Hajjah Neelofa Akhirnya Disiarkan. Teguran Mufti Ini Pasti Buat Neelofa Terdiam

PETALING JAYA: Mufti Wilayah Persekutuan menggariskan tiga pesanan buat selebriti, Neelofa untuk terus maju dalam kerjaya dan kehidupannya sebagai simbol muslimah berjaya di negara ini.

Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi surat terbukanya kepada ‘Hajah Neelofa’ berkata, tidak ramai yang mampu menggalas tugas sebagai ‘wanita besi’ dan ‘gergasi’ dalam perniagaan dan kerjaya.

“Tetapi anda (Neelofa) sudah membuktikannya, malah membanggakan Malaysia dan dunia Islam.

“Kami berpesan kepada Hajjah Neelofa untuk sama-sama menghayati syariat Islam yang sebenarnya.

“Di sini (terdapat) tiga perkara iaitu tanyalah ulama’ sebelum bertindak, sentiasa memelihara imej wanita bertudung dan carilah rezeki yang diberkati Allah SWT,” kata Zulkifli dalam kenyataan ‘Qalam Mufti #2: Surat Terbuka Kepada Hajah Neelofa’ pada Selasa malam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kontroversi Neelofa yang hangat diperkatakan berkaitan isu pelancaran produk Naelofar Hijab di sebuah kelab malam di ibu negara pada Isnin.

Malahan, kehadiran wanita bertudung yang menari dengan aksi menghairahkan pada majlis pelancaran koleksi hijab terbaharu, Be Lofa turut dikecam hebat.

Mufti Wilayah Persekutuan itu berkata, tidak salah untuk mencari kelainan kerana kadangkala kelainan itulah yang membawa seseorang ke jalan Tuhan.

Antara aksi-aksi tarian yang mengundang kecaman netizen.
Namun Zulkifli menasihatkan fitnah dan tohmahan perlulah sentiasa dielakkan, sambil menambah bahawa satu kaedah yang masyhur di dalam Islam “matlamat tidak menghalalkan cara”.“Perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat yang murni. Namun begitu, kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasilnya keberkatan,” katanya.Beliau bimbang apa yang terjadi baru-baru ini bakal membawa satu fenomena normalisasi dalam bertudung.

“Apa sahaja boleh dan dibenarkan asalkan bertudung. Kekhuatiran ini bukan bermakna agama mengongkong wanita, tetapi agamalah yang sebenarnya membebaskan wanita daripada penjara keterbukaan tanpa had, kepada mendapat hak kebebasan yang bersyariat,” tambah Zulkifli.
Neelofa memberitahu beliau tidak mempedulikan kritikan netizen mengenai pemilihan lokasi pelancaran tudungnya.
Dalam pada itu, Mufti Wilayah Persekutuan menasihatkan masyarakat tidak terus menghentam Neelofa membabitkan penganjuran majlis berkenaan di kelab malam.

“Memalukan, mengaibkan dan memberi tohmahan dan fitnah kepada beliau, bukanlah akhlak seorang Muslim.

“Dalam keadaan seperti ini, alangkah baiknya kita mempunyai nada yang sama, penuh rahmah dan hikmah dalam memperbaiki diri sesama kita. InsyaAllah itulah yang terbaik,” katanya.

Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Berikut adalah kenyataan penuh Mufti Wilayah Persekutuan:

Assalamualaikum…

Semoga Hajjah Neelofa dalam keaadan sihat sejahtera hendaknya.

Alhamdulillah kami merafa’kan setinggi kesyukuran ke atasnya, selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, para sahabat yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari akhirat. Kami telah menerima berita yang hangat melalui Facebook, Instagram dan media sosial lain berkaitan isu pelancaran produk Naelofar Hijab di Zouk, Kuala Lumpur.

Kami mendapat pelbagai pandangan sama ada yang mengecam dan tidak kurang juga yang menyokong tindakan tersebut. Justeru kami terpangil untuk menulis surat terbuka kepada Hajjah Neelofa berkenaan hal ini.

1. Tudung adalah lambang kehormatan wanita. Tudung adalah simbol kepatuhan seorang hamba kepada perintah Tuhannya. Tudung juga adalah salah satu bentuk kesempurnaan dalam beragama. Sebenarnya, tudung adalah simbol sifat malu seorang wanita, simbol akhlak Muslimah yang perlu dipelihara dan simbol kemegahan Islam yang wajar dibanggakan.

2. ‎Pemakai tudung tidak semestinya sempurna, namun sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. Indahnya pemakai tudung bukan hanya kerana memelihara auratnya, tetapi lebih daripada itu, mereka sebenarnya memelihara agama-Nya dan mematuhi Allah dan Rasul-Nya.

3. ‎Sangat sukar sebenarnya untuk konsisten bertudung dengan memelihara perilaku dan adab kesopanan. Sehinggakan ada yang menolak untuk bertudung kerana tidak mahu hipokrit. Sedangkan perubahan daripada tidak bertudung, kepada bertudung bukanlah satu bentuk hipokrit kerana ia tidak hanya melibatkan penghijrahan diri tetapi juga penghijrahan hati dalam usaha menggapai redha Ilahi. Jika bukan redha-Nya yang kita impi, apa lagi yang hendak kita cari di dunia ini?

4. ‎Tidak salah untuk kita mencari kelainan. Malah, kadangkala kelainan itulah yang melorongkan seseorang ke jalan Tuhan. Namun, fitnah dan tohmahan perlulah sentiasa dielakkan. Satu kaedah yang masyhur di dalam Islam “Matlamat tidak menghalalkan cara”. Benar, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat yang murni. Namun begitu, kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasilnya keberkatan.

5. Kami sangat khuatir, apa yang terjadi baru-baru ini bakal membawa satu fenomena normalisasi dalam bertudung. Apa sahaja boleh dan dibenarkan asalkan bertudung. Kekhuatiran ini bukan bermakna agama mengongkong wanita, tetapi agamalah yang sebenarnya membebaskan wanita daripada penjara keterbukaan tanpa had, kepada mendapat hak kebebasan yang bersyariat.

6. Kepada para ikhwah dan akhawat, masyarakat Muslim Malaysia yang memberi teguran dan saranan, kami merasakan banyak manfaat dan istifadah yang dapat dikutip. Dalam keadaan seperti ini, alangkah baiknya kita mempunyai nada yang sama, penuh rahmah dan hikmah dalam memperbaiki diri sesama kita. InsyaAllah itulah yang terbaik. Memalukan, mengaibkan dan memberi tohmahan dan fitnah kepada beliau, bukanlah akhlak seorang Muslim. Semoga amar ma’ruf dan nahi mungkar yang dijalankan dengan kaedah dakwah yang baik akan membekas dalam sanubari kita.

7. Kami mengenali Hajjah Neelofa sebagai simbol Muslimah yang berjaya. Tidak ramai yang mampu menggalas tugas sebagai “wanita besi” dan “gergasi” dalam perniagaan dan kerjaya. Tetapi anda sudah membuktikannya, malah membanggakan Malaysia dan dunia Islam. Akhir kalam, kami berpesan kepada Hajjah Neelofa untuk sama-sama menghayati syariat Islam yang sebenarnya. Kami noktahnya disini 3 perkara: (i) Tanyalah ulama’ sebelum bertindak (ii) Sentiasa memelihara imej wanita bertudung (iii) Carilah rezeki yang diberkati Allah SWT.

Kami berdoa semoga Hajjah Neelofa terus maju di dalam kehidupan dan kerjaya serta sentiasa memperoleh taufiq, hidayah dan rahmat-Nya.

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan

Sumber: MSTAR via gedebakviral.org

Rupanya Ini Sebenar Yang Berlaku Di Zouk.. Daphne Iking Menceritakan Perkara Sebenar

Ketika ini, baik di Instagram mahupun Facebook rata – rata netizen masih hangat membicarakan soal majlis pelancaran kolesi tudung terbaru Neelofa, ByLofa. Segalanya menjadi kontroversi apabila selebriti itu memilih sebuah kelab malam terkenal di ibu negara sebagai lokasi majlisnya itu.

Daphne Iking Pertahankan Neelofa
Menyedari pelbagai kecaman terus diterima, pelakon dan pengacara Daphne Iking yang turut berada disitu sebagai hos tampil memberi kenyataan balas di Instagramnya yang mendakwa ianya bukanlah seperti yang digambarkan netizen. Menurut Daphne, segala persiapan telah pun diatur rapi dimana tiada minuman alkohol dihidangkan, tidak dibenarkan merokok malah kelengkapan hiasan turut dihias mengikut tema yang diinginkan.

Tambahnya juga, sebab mengapa kelab malam itu dipilih kerana ianya juga merupakan sebuah lokasi acara disamping turut tersedia dengan pakej yang berpatutan dan mengikut tema yang diinginkan.

Neelofa Tidak Ambil Peduli Komen

Meskipun pelbagai komen dan kecaman daripada netizen, Neelofa mengambil jalan untuk tidak ambil peduli dengan sebarang ancaman yang diterima. Baginya menerusi BH Online pula, beliau tahu apa yang beliau sedang lakukan.

“Saya membuat keputusan untuk tidak mempedulikan lagi kritikan orang ramai berhubung mana-mana perkara, yang penting saya tahu apa yang dilakukan. Lokasi dipilih sesuai dengan tema selepas menyenarai pendek beberapa tempat”

“Kalau pilih tempat lain, saya perlu keluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema. Sampai bila pun takkan habis kalau terus melayan kecaman netizen. Jadi tahun ini, saya memilih untuk tidak ambil peduli lagi kata-kata orang,”

Many thanks to gedebakviral.org via cilipadi.net

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*