Wanita Jeans Putih Menari Seksi Di Zouk Semalam Minta Maaf, Terlalai Katanya..

Aksi wanita bertudung yang menari secara aksi menghairahkan pada majlis pelancaran koleksi hijab terbaharu, Be Lofa menerima kecaman hebat dalam kalangan netizen sehingga membuatkan nama seorang blogger hangat diperkatakan di media sosial.

Akur tersilap langkah, personaliti Youtube, Nisa Kay tidak mahu menegakkan ‘benang basah’ dengan mempertahankan perlakuannya pada majlis pelancaran yang berlangsung pada malam Isnin itu.

“Saya akui, perlakuan saya itu tidak seharusnya berlaku dan sama sekali tidak menggambarkan diri saya sebenar serta imej sebagai wanita bertudung.

“Saya akui, saya tidak memaparkan contoh yang baik, lebih-lebih lagi dengan reputasi yang perlu dijaga,” katanya kepada mStar Online pada Selasa.

Nisa turut mendakwa dia tidak menyangka video tersebut akan tular dan terkejut melihat komen dan posting yang dimuat naik di laman sosial.

Nisa merupakan seorang blogger dan personaliti Youtube.

Bagaimanapun dia menghargai usaha ramai pihak yang sudah mula memadam video yang memaparkan dirinya di platform masing-masing.

Malahan, menerusi kenyataannya, hos televisyen itu juga mendakwa dia telah tersilap dalam mengatur langkah.

“Kehadiran saya di acara berkenaan adalah untuk memenuhi jemputan pihak penganjur dan saya tidak seharusnya menyertai permainan perang bibir (lip-sync battle) tersebut.

“Tetapi memandangkan kumpulan terbabit tidak mempunyai ahli yang cukup, saya yang berdiri berhampiran kumpulan itu ditarik oleh seorang petugas untuk menyertai mereka.

“Suasana dan muzik yang meriah mungkin buat saya lupa seketika siapa saya dan kenapa saya berada di sana.

“Ada khilafnya di mana saya lalai dan terbawa-bawa dengan perlakuan saya seperti mana yang orang ramai sudah saksikan menerusi video tersebut,” jelas Nisa yang berharap kejadian itu bukan sahaja memberikan pengajaran kepada dirinya, malahan kepada orang lain juga.

Terdahulu, mStar Online melaporkan, langkah selebriti Neelofa melancarkan koleksi hijab terbaharunya itu di kelab malam, tidak menyalahi peraturan Islam jika tujuannya untuk berdakwah namun ia menjadi dosa jika mengundang fitnah.

Menurut pendakwah dan penulis buku, Ustaz Pahrol Mohamad berkata, sesuatu dakwah itu boleh dilakukan di mana-mana sahaja walaupun ia di tempat seperti kelab malam.

Namun ujarnya, sesebuah majlis yang baik itu menjadi haram hukumnya jika ia disertakan dengan tari-menari kerana perbuatan itu ditegah oleh Islam.

 

LANGKAH selebriti Neelofa melancarkan koleksi hijab terbaharunya, Be Lofa di kelab malam, tidak menyalahi peraturan Islam jika tujuannya untuk berdakwah namun ia menjadi dosa jika mengundang fitnah.

Menurut pendakwah dan penulis buku, Ustaz Pahrol Mohamad berkata, sesuatu dakwah itu boleh dilakukan di mana-mana sahaja walaupun ia di tempat seperti kelab malam.

Namun ujarnya, sesebuah majlis yang baik itu menjadi haram hukumnya jika ia disertakan dengan tari-menari kerana perbuatan itu ditegah oleh Islam.

“Secara umumnya, mengikut asas prinsip dalam Islam tidak salah jika seseorang itu mahu mempromosikan atau melancarkan produk di kelab malam.

“Dalam sejarah Islam juga ada mengisahkan tentang pendakwah yang pernah masuk ke tempat tersebut dengan tujuan berdakwah hanya untuk 5 hingga ke 10 minit dan kemudian dia keluar.

“Sebagai contoh, Neelofa boleh lancarkan tudung di kelab malam dan jelaskan kebaikan memakai tudung tapi hanya sekadar itu sahaja,” kata Pahrol kepada mStar Online.


Antara aksi-aksi tarian yang mengundang kecaman netizen.

Bagaimanapun, kata Pahrol, yang menjadi haram apabila acara atau majlis tersebut disertakan dengan elemen-eleman yang menyalahi syariah seperti beraksi dengan tarian.

Tambah Pahrol lagi, jika seseorang itu melakukan sesuatu dan perkara tersebut boleh mengundang terjadinya fitnah, ia adalah haram atau berdosa.

“Tak salah nak buat sesuatu kelainan. Cuma, ia akan jadi haram apabila ada elemen yang menyalahi syariah Islam seperti wanita beraksi dengan tarian.

Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.

“Dalam Islam jika mahu membuat promosi produk mesti mematuhi peraturan dari Allah. Namun, tindakan Neelofa memilih kelab malam itu sudah dikira mengundang fitnah adalah berdosa.

“Jadi, tak perlulah melakukan sesuatu mengundang fitnah. Kelab malam sudah sinonim dengan minuman keras dan perkara yang menyalahi syariah Islam,” ujarnya.

Dalam pada itu, menerusi sidang media pada pelancaran tersebut pada malam Isnin, Neelofa tidak peduli kritikan netizen mengenai pemilihan lokasi pelancaran koleksi tudung dan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-29.

Kata pengacara program Meletop itu, dia tahu apa yang dilakukannya dan lokasi yang dipilih sesuai dengan tema.

Tambahnya, dia perlu keluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema jika memilih tempat lain.

 

Sumber: ranikulup.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*